Wednesday, February 3, 2010

Kelayakan Menduduki Peperiksaan Pendawai

1.1 Pendawai Fasa Tunggal (Calon-calon Persendirian)

  • Permohonan untuk menduduki peperiksaan kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal hendaklah dengan menggunakan Borang ST(PE)1 Pindaan 2003.
  • Kelayakan seperti Peraturan 50, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan Peraturan-Peraturan Elektrik (Pindaan) 2003.
  • Kelayakan pendidikan 50 (1c) minima telah ditetapkan tamat tingakatan 3 Sekolah Bantuan Kerajaan atau lulus sijil Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) atau yang setaraf dengannya.
  • Bagi pemohon-pemohon yang mempunyai Sijil MLVK (Juruelektrik) / SKM peringkat pertengahan dan telah menjalani 6 bulan dengan Kontraktor Elektrik serta mempunyai buku log yang lengkap adalah dikecualikan dari Peperiksaan Teori, Amali dan Lisan.
  • Mana-mana calon yang layak hanya diberi perakuan kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal tanpa endorsan menguji pepasangan. Tetapi mana-mana calon yang berhasrat untuk mendapatkan perakuan Pendawai dengan endorsan, calon-calon tersebut hendaklah menduduki peperiksaan Lisan. Jika gagal dalam peperiksaan Lisan perakuan hanya diberi Pendawai tanpa endorsan menguji pepasangan.
  • Mana-mana calon yang ingin menduduki peperiksaan Pendawai berserta endorsan menguji pepasangan, fi peperiksaan hendaklah mengikut fi peperiksaan berserta fi Peperiksaan Endorsan.
  • Calon-calon yang mempunyai sijil MLVK peringkat pertengahan atau Sijil Kemahiran Malaysia tahap 2 dan telah mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang dari 6 bulan dengan kontraktor elektrik berdaftar adalah layak memohon perakuan Pendawai PW1 tanpa terlebih dahulu menduduki peperiksaan pendawai peringkat teori dan amali. Walaubagaimana pun pengecualian ini tidak termasuk pemegang-pemegang sijil MLVK / SKM yang diperolehi melalui kaedah sistem Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT).
  • Carta kelayakan untuk menduduki Peperiksaan Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal adalah seperti di Lampiran A1.
  • Carta aliran prosidur menduduki Peperiksaan Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal adalah seperti di Lampiran A2.

Sukatan Pelajaran (Syllabus) Bagi Peperiksaan Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal

Garis Panduan Pendawaian Elektrik Di Bangunan Kediaman - ST

Garis Panduan Pendawaian Elektrik Di Bangunan Kediaman ini disediakan sebagai panduan pendawaian kepada semua Pendawai dan Kontraktor Elektrik untuk melaksanakan sistem pendawaian elektrik di rumah-rumah kediaman sebagaimana yang dikehendaki oleh Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.

Panduan ini bertujuan untuk memudahkan sistem pendawaian elektrik di bangunan-bangunan kediaman dibuat dengan sempurna dan selamat untuk digunakan bagi menepati keperluan asas pendawaian.

Untuk maklumat lanjut, klik di sini

Video Keselamatan Elektrik

Video Keselamatan Elektrik telah diterbitkan sebagai inisiatif untuk memupuk kesedaran keselamatan elektrik di kalangan pengguna.

Saja pusing-pusing st punya site....
Pegi kesini untuk menonton.

Tips Keselamatan Elektrik

Jadikan amalan untuk membeli kelengkapan elektrik yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga dan ia boleh dikenal pasti dengan adanya label SIRIM di kelengkapan tersebut. Baca buku panduan yang disertakan sebelum menggunakan mana - mana kelengkapan elektrik. Pastikan penggunaannya adalah mengikut arahan daripada pembuatnya.

Untuk maklumat lanjut, Klik di sini.

Sumber ; Suruhanjaya Tenaga

Conduit Bender


Sesiapa tau kat mana nak dapat conduit bender ni kat kawasan kedah atau penang
contoh gambar lain kalau tau tolong bagitau.... letih aku nak cari kat kawasan sungai petani nih.
bagila alamat kedai tu ka @ apa-apa info yang boleh aku tau

Format Buku Log Pendawai

Format Untuk Buku Log Pendawai Elektrik

Contoh Isi Kandungan Buku Log Pendawai Elektrik

A. Butir-butir Peribadi
  • Nama
  • No. K/P
  • Tarikh Mula Melibatkan Kerja-Kerja Elektrik
B. Butir-butir Kontraktor Elektrik
  • Nama Syarikat
  • Alamat
  • Kelas Pendaftaran Dengan ST
  • Nama Orang Kompeten, No. K/P & No. Perakuan Kekompetenan
  • Gambar-gambar keduddukan Syarikat
  • Lain-lain Jika Ada
C. Butir-butir Kerja Pendawaian Yang Dijalankan
  • Nama Projek
  • Alamat Projek
  • Tarik mula projek
  • Tarikh Siap Projek
  • Pendawai Yang Menyelia
  • Jenis Peralatan Digunakan
  • Jenis Pengujian Yang Dijalankan
  • Cara Pengendalian/Pengujian Elektrik Dijalankan
  • Lukisan Skematik dan Pengiraaan yang berkaitan
  • Lukisan Susun atur elektrik
  • Carta/Keputusan Ujian dsb.
  • Gambar-gambar Pengendalian/Pekerjaan/Pengujian Elektrik
D. Diakhir tiap sesuatu kerja/tajuk perlu disahkan oleh orang kompeten dan majikan.

Cara terbaik nak buat buku log pastikan ada satu contoh buku log masa nak buat buku log. Berapa banyak nak kena letak projek itu bergantung pada korang... ada aku jumpa buat sampai habis muka surat tu ada yang setengah dari buku log.... dua-dua boleh tapi lebih baik korang letak banyak-banyak projek/tulis banyak-banyak sebab bila nak kena ujian lisan nanti projek sikit sangat pun pegawai tu rasa satu macam... Format untuk chargeman/ cable jointer tuh lebih kurang la... chargeman punya buku log pun aku tak buat lagi...untuk kabel jointer tu aku tak berani nak kata...