Wednesday, February 3, 2010

Kelayakan Menduduki Peperiksaan Pendawai

1.1 Pendawai Fasa Tunggal (Calon-calon Persendirian)

  • Permohonan untuk menduduki peperiksaan kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal hendaklah dengan menggunakan Borang ST(PE)1 Pindaan 2003.
  • Kelayakan seperti Peraturan 50, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan Peraturan-Peraturan Elektrik (Pindaan) 2003.
  • Kelayakan pendidikan 50 (1c) minima telah ditetapkan tamat tingakatan 3 Sekolah Bantuan Kerajaan atau lulus sijil Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) atau yang setaraf dengannya.
  • Bagi pemohon-pemohon yang mempunyai Sijil MLVK (Juruelektrik) / SKM peringkat pertengahan dan telah menjalani 6 bulan dengan Kontraktor Elektrik serta mempunyai buku log yang lengkap adalah dikecualikan dari Peperiksaan Teori, Amali dan Lisan.
  • Mana-mana calon yang layak hanya diberi perakuan kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal tanpa endorsan menguji pepasangan. Tetapi mana-mana calon yang berhasrat untuk mendapatkan perakuan Pendawai dengan endorsan, calon-calon tersebut hendaklah menduduki peperiksaan Lisan. Jika gagal dalam peperiksaan Lisan perakuan hanya diberi Pendawai tanpa endorsan menguji pepasangan.
  • Mana-mana calon yang ingin menduduki peperiksaan Pendawai berserta endorsan menguji pepasangan, fi peperiksaan hendaklah mengikut fi peperiksaan berserta fi Peperiksaan Endorsan.
  • Calon-calon yang mempunyai sijil MLVK peringkat pertengahan atau Sijil Kemahiran Malaysia tahap 2 dan telah mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang dari 6 bulan dengan kontraktor elektrik berdaftar adalah layak memohon perakuan Pendawai PW1 tanpa terlebih dahulu menduduki peperiksaan pendawai peringkat teori dan amali. Walaubagaimana pun pengecualian ini tidak termasuk pemegang-pemegang sijil MLVK / SKM yang diperolehi melalui kaedah sistem Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT).
  • Carta kelayakan untuk menduduki Peperiksaan Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal adalah seperti di Lampiran A1.
  • Carta aliran prosidur menduduki Peperiksaan Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal adalah seperti di Lampiran A2.

Sukatan Pelajaran (Syllabus) Bagi Peperiksaan Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal



  • Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001.
  • Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan Peraturan-Peraturan Elektrik (Pindaan) 2003
  • Electrical Installations Of Buildings - MS IEC 60364
  • Pemulihan pernafasan, pertolongan cemas dan rawatan renjatan elektrik.
  • Pengetahuan Elektrik Asas :-
  • Pengenalan asas voltan, arus, rintangan, kuasa, arohan, kapasitan, ulangan dan lain-lain kuantiti yang berkaitan dengan elektrik.
  • Hukum Ohm.
  • Sambungan bersiri dan selari
  • Formula kuasa
  • Sistem bekalan elektrik dan kadaran voltan
  • Kabel
  • Jenis-jenis kabel, kod warna dan penggunaannya
  • pemilihan kabel yang betul iaitu seperti
  • keupayaan membawa arus
  • pengiraan susut voltan
  • faktor pelbagai
  • faktor-faktor pembetulan
  • jenis-jenis penamatan kabel

  • Pendawaian
  • Sistem pendawaian
  • Permukaan, tertanam, konduit, sesalur dan sebagainya
  • faktor-faktor pemilihan
  • jenis-jenis dan saiz konduit / sesalur
  • faktor ruang

  • Litar lampu
  • suis satu hala, suis dua hala, suis perantaraan
  • litar kuasa
  • jejari, gegelang, spu
  • mata penghawa dingin
  • mata pemanas air
  • pengasing

  • Alat Uji dan Pengujian
  • Jenis-jenis ujian dan turutannya
  • Kekutuban, keterusan, penebatan dan sebagainya
  • Jenis-jenis alat uji
  • Insulation tester, Earth Resistance Tester, Multimeter, Ring Main Tester, RCB Tester dan alat-alat ujian yang berkaitan dengan pengujian pendawaian elektrik.

  • Alat-alat Pengukur Kuantiti Elektrik
  • Penggunaan dan prinsip bekerja alat-alat pengukur iaitu, jangkaampere, jangkavoltan, jangka KWH, Clamp On Tester, Avometer dan sebagainya
  • Perkakas Suis & Papan Agihan (SPN)
  • Jenis-jenis papan agihan, unit pengguna, bilangan hala dan sebagainya
  • Cut out dan Neutral Link

  • Perlindungan Litar
  • Jenis-jenis kerosakan elektrik
  • Peranti perlindungan dan penggunaannya
  • Jenis-jenis fius, kadaran, kendalian, pengujian
  • Jenis-jenis suis utama, kadaran arus, kadaran fius
  • MCB, kendalian, kadaran arus, pengujian
  • MCCB, kendalian, kadaran arus, pengujian

  • Pembumian
  • Jenis-jenis pembumian, prinsip pembumian, galangan kerosakan ke bumi, pengalir perlindungan dan elektrod bumi.
  • Peranti RCB satu fasa, kendalian dan peraturan yang berkaitan.

  • Sistem Perlindungan Kilat
  • Jenis-jenis dan penggunaan penangkap kilat.

  • Radas-radas Elektrik
  • Prinsip kerja radas-radas elektrik seperti pemanas air, periuk elektrik, loceng elektrik dan sebagainya.
  • penghidup satu fasa

  • Rekabentuk pepasangan elektrik
  • pengetahuan simbol elektrik
  • pengetahuan membaca dan melukis gambarajah skema dan susunatur elektrik
  • kod warna piawai bagi sistem telefon, gas, air dan sistem pemadam kebakaran
  • pengiraan beban


1.2 Pendawai Tiga Fasa (Calon-calon Persendirian)

  • Permohonan untuk menduduki peperiksaan kekompetenan Pendawai Tiga Fasa hendaklah dengan menggunakan Borang ST(PE) 1 Pindaan 2003.
  • Kelayakan pendidikan minima mestilah tamat tingakatan 3 Sekolah Bantuan Kerajaan atau lulus sijil Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) atau yang setaraf dengannya [ Peraturan 50 1 (c)].
  • Kelayakan yang dikehendaki adalah :-
  • mempunyai Sijil Perakuan Fasa Tunggal
  • berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga
  • bekerja dengan Kontraktor Elektrik yang berdaftar atau Pendawai Persendirian atau Agensi-agensi Kerajaan
  • Peperiksaan Pendawai Tiga Fasa boleh dipertimbangkan selepas satu tahun dari tarikh resmi lulus peperiksaan Fasa Tunggal dan telah bekerja dengan kontraktor elektrik tidak kurang dari 6 bulan.
  • Calon-calon yang lulus peperiksaan Pendawai Tiga Fasa dan telah mempunyai perakuan Pendawai Fasa Tunggal dengan endorsan menguji pepasangan, calon berkenaan layak mendapat sijil perakuan kekompetenan Pendawai Tiga Fasa dengan endorsan menguji pepasangan dengan syarat fi untuk menduduki peperiksaan pengendorsan dijelaskan.
  • Calon-calon boleh dipertimbangkan untuk terus menduduki peperiksaan pendawai tiga fasa tanpa mempunyai sijil perakuan Fasa Tunggal dengan syarat telah mempunyai pengalaman bekerja dengan kontraktor berdaftar dengan ST tidak kurang dari 3 tahun.
  • Calon-calon hendaklah mempunyai buku log bagi membuktikan pengalaman bekerja/ mengajar yang disahkan oleh tenaga pengajar lain yang memegang perakuan kekompetenan ST yang berkaitan.
  • Carta kelayakan untuk menduduki peperiksaan adalah seperti di Lampiran B1.

Carta aliran prosidur menduduki Peperiksaan Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga adalah seperti di Lampiran A2.



Sukatan Pelajaran (Syllabus) Bagi Peperiksaan Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga

  • Akta Bekalan Elektrik 1990, Akta Suruhanjaya Tenaga 2001, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan Peraturan-Peraturan Elektrik (Pindaan) 2003.
  • Pematuhan Standard Pendawaian Malaysia (Electrical Installation Of Buildings - MS IEC 60364)
  • Pemulihan pernafasan, pertolongan cemas dan rawatan renjatan elektrik.
  • Pengetahuan Elektrik Asas
  • Pengenalan asas voltan, arus, rintangan, kuasa, arohan, kapasitan, ulangan dan lain-lain kuantiti yang berkaitan dengan elektrik.
  • Hukum Ohm.
  • Sambungan bersiri dan selari
  • Formula kuasa
  • Sistem bekalan elektrik dan kadaran voltan
  • Kabel
  • Jenis-jenis kabel, kod warna dan penggunannya
  • Pemilihan kabel yang betul iaitu seperti
  • Keupayaan membawa arus
  • Pengiraan susut voltan
  • Faktor pelbagai
  • Faktor-faktor pembetulan
  • Jenis-jenis dan penamatan kabel

  • Pendawaian
  • Sistem pendawaian
  • Permukaan, tertanam, konduit, sesalur dan sebagainya
  • Faktor-faktor pemilihan
  • Jenis-jenis dan saiz konduit / trunking
  • Faktor ruang

  • Litar Lampu
  • Suis satu hala, suis dua hala dan suis perantaraan
  • Litar kuasa
  • Jejari, gegelang, spur
  • Mata penghawa dingin
  • Mata pemanas air
  • Pengasing

  • Alat Uji dan Pengujian
  • Jenis-jenis ujian serta turutannya
  • Kekutuban, keterusan, penebatan dan sebagainya
  • Jenis-jenis alat uji
  • Insulation Tester, Earth Resistance Tester, Multimeter, Ring Main Tester, RCB Tester dan alat-alat ujian yang berkaitan dengan pengujian pendawaian elektrik.

  • Alat-alat Pengukur Kuantiti Elektrik
  • Penggunaan dan prinsip bekerja alat-alat pengukur iaitu, jangkaampere, jangkavoltan, jangka KWH, Clamp On Tester, Avometer dan sebagainya

  • Perkakas Suis & Papan Agihan (TPN)
  • Jenis-jenis papan agihan, unit pengguna, bilangan hala dan sebagainya
  • Cut out dan Neutral Link

  • Perlindungan Litar
  • Jenis-jenis kerosakan elektrik
  • Peranti perlindungan dan penggunaannya
  • Jenis-jenis fius, kadaran, kendalian, pengujian
  • Jenis-jenis suis utama, kadaran arus, pengujian
  • MCB, kendalian, kadaran arus, pengujian
  • MCCB, kendalian, kadaran arus, pengujian

  • Pembumian
  • Jenis-jenis pembumian, prinsip pembumian, galangan kerosakan ke bumi, pengalir perlindungan dan elektrod bumi.
  • Peranti RCB satu fasa, kendalian dan peraturan yang berkaitan.
  • Sistem Perlindungan Kilat
  • Jenis-jenis dan penggunaan penangkap kilat

  • Radas-radas Elektrik
  • Prinsip kerja radas-radas elektrik seperti pemanas air, periuk elektrik, loceng elektrik dan sebagainya
  • Jenis-jenis motor, penghidup motor dan pendawaiannya

  • Rekabentuk pepasangan elektrik
  • pengetahuan simbol elektrik
  • pengetahuan membaca dan melukis gambarajah skema dan susunatur elektrik
  • Pengiraan beban dan keseimbangan beban

  • Kod warna piawai bagi sistem telefon, gas, air dan sistem pemadam api.
  • Semua perkara bagi sukatan pelajaran bagi pendawaian satu fasa.


1.3 Pendawai Papan Tanda

  • Permohonan untuk menduduki peperiksaan kekompetenan Pendawai papan Tanda hendaklah dengan menggunakan Borang ST(PE)1 Pindaan 2003.
  • Kelayakan pindidikan minima mestilah tamat tingkatan 3 Sekolah Bantuan Kerajaan atau lulus sijil Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) atau yang setaraf dengannya [Peraturan 50 1 (c)].
  • Calon-calon boleh dipertimbangkan untuk terus menduduki peperiksaan pendawai papan tanda mesti mempunyai pengalaman bekerja sebagai pendawai dengan kontraktor berdaftar dengan ST tidak kurang dari 3 tahun dan satu tahun pengalaman bekerja sebagai pendawai papan tanda.
Pergi kesini untuk maklumat lampiran.
Sumber ; Suruhanjaya Tenaga

No comments:

Post a Comment